Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Jangan pula auratku didedahkan
semakin singkat, nipis dan dijarangkan
Ingati daku
Hakikatnya diri ini milik Yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat selama-lamanya
Ingati aku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan
Ingati daku
Untuk bercinta hanya kerana-Nya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng yang kukuh
Dari hasutan syaitan.
No comments:
Post a Comment