Saturday, 17 March 2012

Minum air sejurus bangun dari tidur

Pada beberapa hari yang lalu, di pagi yang hening, di dalam kelas, ada classmate yang bertanyakan tentang kewujudan hadis berkenaan minum air right after kita bangun tidur. Elok ke tak sebenarnya ? hmm..What do you think?
Sahabat Seperjuangan

Menurut lecturerku, dari segi kebersihan, kind of tak bersih sangatlah and beliau tak pernah dengar lagi hadis yang berkenaan. Then aku pun jadi curious. Macam-macam soalan berlegar di kepalaku.. Bagus ke tak? Ada tak hadis pasal tu? Adakah dengan minum air selepas bangun tidur nampak macam kita tak jaga hygiene kita? (yela..org cakap telan air liur basi kan..hoho), Apa kesannya kalau kita amalkan? hmm.. Then aku   pun try look for some info via net. and i found that there are some facts that said it is good and some are not.
Badan kita memerlukan banyak air

Di Jepun, minum air serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi adalah perkara yang popular and biasa. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air didapati berjaya oleh masyarakat Jepun sebagai ubat bagi penyakit-penyakit nie.. Antaranya adalah sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artiritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma broncitis, TB, meningitis, buah pinggang, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid DLL.

Tapi ade KAEDAHnya..

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.


6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat. INSHAALLAH..=)


Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)

2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.


Kebaikan minum air selepas bangun dari tidur nie.. Antaranya :



1. Meningkatkan Tenaga

Dengan minum air sejurus selepas bangun tidur akan meningkatkan kadar metabolisma anda, ia kan menbantu anda jadi lebih peka dan segar disebabkan meningkatnya kadar tenaga dalam badan. 

2. Membuang Toksin
Ia juga akan menbantu tubuh badan anda mengenyah toksin yang tersimpan dalam sistem tubuh dengan senang. Ini kerana selepas beberapa jam anda tidur badan anda tidak mendapat sebarang cecair untuk itu. Yang ni agak betul sebab bila aku minum air lepas bangun tidur lame-lame tu macam sakit perut. Macam cuci perut or usus kita lah kiranya..bagus kowt..=)

3. Losing weight
Mara Z. Vitolins, pakar nutrisi dari Wake Forest University Baptist Medical Centre berkata kebiasaannya tubuh badan kita tidak dapat menbezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat menbantu ia mengenalpasti.

Berkenaan dengan hadis, buat masa ni tak jumpa lagi pasal hadis tentang nie. Walaupun belum ada lagi kesahihan atau kepastian tentang kebaikan-kebaikan minum air lepas bangun tidur tapi tak salah kalau kita mencuba kan? hee.. Sebagai manusia yakni hamba kepada Tuhan Yang Agung, Allah s.w.t. Kita hanya mampu mencari ikhtiar, berusaha dan berdoa. Akhir sekali bertawakal. Yang seterusnya ialah urusan Allah s.w.t.

“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawalallah kamu!”  (hadis riwayat At-Tirmidzi)

p/s : kepada sesiapa yang mempunyai input-input atau pendapat lain..Sila kongsikan bersama yer..=)

3 comments:

  1. Tulisan sukar d baca background pink tulisan putih....

    ReplyDelete
  2. Tulisan sukar d baca background pink tulisan putih....

    ReplyDelete

Kau sakit apa weh? ITP? Apa tu?

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi daya dan tenaga untuk menshare kan benda yang sebelum ni aku pun tak tahu akan ...