Aiyyai.lama dah tak update blog yang tak seberapa nak ada follower ni.haha.apa-apa pun taip jela apa yang ada kat minda cakna aku ni kan. Kalau nak tahu, sila teruskan pembacaan anda ye..Dalam tempoh 1 jam sebelum aku pergi mempersiapkan diri untuk tugasku petang ni. Aku harap dapat post something hari ni.Alang-alang tengah dalam bulan Ramadhan ni kan, ramai yang tulis pasal bulan yang penuh barokah ni, So, aku pun nak tumpang sekaki bercerita serba sedikit mengenai gelagat manusia pada bulan Ramadhan ni.
Hmm..dalam bulan Ramadhan ni kita kena puasa. So, apa puasa tu ek? Budak-budak sekolah rendah pun boleh jawab sebenaqnya. Tapi sekadar boleh jawab tu tidak semestinya faham erti puasa yang sebenar sebab rata-ratanya kita hanya menghafal definisi puasa tu untuk lulus PAFA.hehe..ingat tak? zaman dolu-dolu.
Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Terbit fajar tu bukanlah kita kena tunggu Malaysia ni terang benderang baru nak start puasa, baru nak berhenti makan sahur. Matahari dah terbit dekat negara sebelah timur tu dulu dah.
Antara juadah feveret : Murtabak |
Bukan mulut je yang kena puasa tau, mata, hidung, telinga pun kena puasa. Benda-benda yang boleh kurangkan puasa tu eloklah kita elakkan. Dengar je orang bergosip pergi lari pecut 100m.haha. Tapi yang paling susah nak control adalah mata lah kan..sape setuju? Huhu. mana taknya benda-benda lagha banyak dok terpampang kat kaca TV. Kalau keluar pergi bazar pun. Bersepah-sepah aurat terbuka. Baik perempuan mahupun lelaki. Memang takleh elak. Apa nak buat ? Takkan tak keluar sepanjang Ramadhan kot. Seelok-eloknya istighfarla banyak-banyak. Tengok sekali cukup jangan dok tenung lama-lama benda yang tak halal untuk kita tu walaupun si polan2 ni dah bagi free show.haha. Mesti korang pernah dengar kan yang pandangan pertama adalah rezeki, pandangan kedua adalah nafsu, dan pandangan ketiga adalah haram (hikayat ulama').
Dari Jarir bin Abdullah, dia berkata : "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab nabi : Palingkanlah pandanganmu itu! (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a."
Kucing pun tahu bersyukur |
Ada satu cerita yang buat aku tersentuh. Mufti di Arab Saudi menangis apabila menerima soalan dari rakyat Somalia. Dia bertanya, " Adakah puasa kami diterima jika kami tiada sahur dan tiada iftar ?". Subhanallah, cuba bayangkan kehidupan mereka yang sukar untuk mendapatkan walau sedikit makanan pun. Part yang mana lagi yang kita tak bersyukur. Cuba fikir, sesusah mana pun kita ni, masih ada lagi yang lebih susah. Maka bersyukurlah kamu dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Allah, Alhamdulillah =)
Allah, Alhamdulillah =)