Saturday, 10 November 2012

November Oh November!

Hye friends, dah lama tak update blog ni. This semester seems like a busy semester for me and friends. There are many events happening this beautiful November. However, I really think that it is a good and beneficial for us. As a student, we should smartly manage our time for study and joining a program or some events so that we can balance between the two. As for me, I'm so grateful that my exam and meeting does not clash so much. My midsem exam had finished a couple days ago. Some of the exam I think I done my worst. But I attracted to my friends posts' on facebook and Twitter :

“Oh midterm season: it is amazing how one test can either give you immeasurable joy or terrible pain. One number, one mean, one standard deviation can lift you up or crush you. Now, I am realizing that I should not fall prey to this. I am not a number, and my intelligence should not be affirmed by a score on a 53 minute test. I’ll do what I love, no matter what any midterm score tells me. Now the question is finding out: what do I really love?”

" dlm kubur, Allah x tanya berapa A yg kamu dapat, berapa cgpa kamu tapi yg diukur adalah amalan dan keimanan"
It tells me that don't feel bad about the exam so much but it also doesn't mean that you should give up study just like that. What I'm trying to say here is janganlah sebab tak dapat jawab exam kita stressed and lupa benda lain yang kita kena buat. Yang penting usaha itu ada. Kagum dengan kawan-kawan yang sanggup tak tidur sebab study untuk exam. Well, different people have different ways of study, right? ( aku selalu org yg pertama give up to stay up. haha.) Let bygone be bygone. Life must go on, beb. There will be many exams that you'll face in future. Be prepared!

Haha..don't follow this. Kurangkan tidur banyakkan study.

Saturday, 4 August 2012

Ramadhan Datang Lagi

Maha Suci Allah

          Aiyyai.lama dah tak update blog yang tak seberapa nak ada follower ni.haha.apa-apa pun taip jela apa yang ada kat minda cakna aku ni kan. Kalau nak tahu, sila teruskan pembacaan anda ye..Dalam tempoh 1 jam sebelum aku pergi mempersiapkan diri untuk tugasku petang ni. Aku harap dapat post something hari ni.Alang-alang tengah dalam bulan Ramadhan ni kan, ramai yang tulis pasal bulan yang penuh barokah ni, So, aku pun nak tumpang sekaki bercerita serba sedikit mengenai gelagat manusia pada bulan Ramadhan ni.


Hmm..dalam bulan Ramadhan ni kita kena puasa. So, apa puasa tu ek? Budak-budak sekolah rendah pun boleh jawab sebenaqnya. Tapi sekadar boleh jawab tu tidak semestinya faham erti puasa yang sebenar sebab rata-ratanya kita hanya menghafal definisi  puasa tu untuk lulus PAFA.hehe..ingat tak? zaman dolu-dolu.

Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Terbit fajar tu bukanlah kita kena tunggu Malaysia ni terang benderang baru nak start puasa, baru nak berhenti makan sahur. Matahari dah terbit dekat negara sebelah timur tu dulu dah.

Antara juadah feveret : Murtabak
Bukan mulut je yang kena puasa tau, mata, hidung, telinga pun kena puasa. Benda-benda yang boleh kurangkan puasa tu eloklah kita elakkan. Dengar je orang bergosip pergi lari pecut 100m.haha. Tapi yang paling susah nak control adalah mata lah kan..sape setuju? Huhu. mana taknya benda-benda lagha banyak dok terpampang kat kaca TV. Kalau keluar pergi bazar pun. Bersepah-sepah aurat terbuka. Baik perempuan mahupun lelaki. Memang takleh elak. Apa nak buat ? Takkan tak keluar sepanjang Ramadhan kot. Seelok-eloknya istighfarla banyak-banyak. Tengok sekali cukup jangan dok tenung lama-lama benda yang tak halal untuk kita tu walaupun si polan2 ni dah bagi free show.haha. Mesti korang pernah dengar kan yang pandangan pertama adalah rezeki, pandangan kedua adalah nafsu, dan pandangan ketiga adalah haram (hikayat ulama').

              Dari Jarir bin Abdullah, dia berkata : "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab nabi : Palingkanlah pandanganmu itu! (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a."


Kucing pun tahu bersyukur
Dan kalau membeli juadah tu berpada-padalah sikit. Prof Dr. Muhaya pernah cakap, kalau nak membeli makanan ni seelok-eloknya jangan masa kita tengah lapar. Kalau time kita tengah lapar, memang semua makanan kita nak beli. last-last membazirlah jawabnya. Macam mana pulak time tengah puasa ni? Dah konfem-konfem, perut tengah buat konsert free time kita pergi bazar Ramadhan tu. Hmm,aku rasa masing-masing dah besar, pandai-pandailah kawal nafsu tu. Jangan dok borong satu bazar tu pulak. Kalau terlebih, simpan untuk sahur atau bagi je kat jiran sebelah. Janganlah buang. Sayang..ramai lagi yang tak sebertuah kita. Dorang nak cari makan pun susah.

Ada satu cerita yang buat aku tersentuh. Mufti di Arab Saudi menangis apabila menerima soalan dari rakyat Somalia. Dia bertanya, " Adakah puasa kami diterima jika kami tiada sahur dan tiada iftar ?". Subhanallah, cuba bayangkan kehidupan mereka yang sukar untuk mendapatkan walau sedikit makanan pun. Part yang mana lagi yang kita tak bersyukur. Cuba fikir, sesusah mana pun kita ni, masih ada lagi yang lebih susah. Maka bersyukurlah kamu dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Allah, Alhamdulillah =)


Saturday, 17 March 2012

Minum air sejurus bangun dari tidur

Pada beberapa hari yang lalu, di pagi yang hening, di dalam kelas, ada classmate yang bertanyakan tentang kewujudan hadis berkenaan minum air right after kita bangun tidur. Elok ke tak sebenarnya ? hmm..What do you think?
Sahabat Seperjuangan

Menurut lecturerku, dari segi kebersihan, kind of tak bersih sangatlah and beliau tak pernah dengar lagi hadis yang berkenaan. Then aku pun jadi curious. Macam-macam soalan berlegar di kepalaku.. Bagus ke tak? Ada tak hadis pasal tu? Adakah dengan minum air selepas bangun tidur nampak macam kita tak jaga hygiene kita? (yela..org cakap telan air liur basi kan..hoho), Apa kesannya kalau kita amalkan? hmm.. Then aku   pun try look for some info via net. and i found that there are some facts that said it is good and some are not.
Badan kita memerlukan banyak air

Di Jepun, minum air serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi adalah perkara yang popular and biasa. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air didapati berjaya oleh masyarakat Jepun sebagai ubat bagi penyakit-penyakit nie.. Antaranya adalah sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artiritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma broncitis, TB, meningitis, buah pinggang, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid DLL.

Tapi ade KAEDAHnya..

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.


6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat. INSHAALLAH..=)


Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)

2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.


Kebaikan minum air selepas bangun dari tidur nie.. Antaranya :



1. Meningkatkan Tenaga

Dengan minum air sejurus selepas bangun tidur akan meningkatkan kadar metabolisma anda, ia kan menbantu anda jadi lebih peka dan segar disebabkan meningkatnya kadar tenaga dalam badan. 

2. Membuang Toksin
Ia juga akan menbantu tubuh badan anda mengenyah toksin yang tersimpan dalam sistem tubuh dengan senang. Ini kerana selepas beberapa jam anda tidur badan anda tidak mendapat sebarang cecair untuk itu. Yang ni agak betul sebab bila aku minum air lepas bangun tidur lame-lame tu macam sakit perut. Macam cuci perut or usus kita lah kiranya..bagus kowt..=)

3. Losing weight
Mara Z. Vitolins, pakar nutrisi dari Wake Forest University Baptist Medical Centre berkata kebiasaannya tubuh badan kita tidak dapat menbezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat menbantu ia mengenalpasti.

Berkenaan dengan hadis, buat masa ni tak jumpa lagi pasal hadis tentang nie. Walaupun belum ada lagi kesahihan atau kepastian tentang kebaikan-kebaikan minum air lepas bangun tidur tapi tak salah kalau kita mencuba kan? hee.. Sebagai manusia yakni hamba kepada Tuhan Yang Agung, Allah s.w.t. Kita hanya mampu mencari ikhtiar, berusaha dan berdoa. Akhir sekali bertawakal. Yang seterusnya ialah urusan Allah s.w.t.

“Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya, “Ya Rasulullah, apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan saja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab, ” Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawalallah kamu!”  (hadis riwayat At-Tirmidzi)

p/s : kepada sesiapa yang mempunyai input-input atau pendapat lain..Sila kongsikan bersama yer..=)

Kau sakit apa weh? ITP? Apa tu?

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi daya dan tenaga untuk menshare kan benda yang sebelum ni aku pun tak tahu akan ...