Wednesday, 15 June 2016

Kau sakit apa weh? ITP? Apa tu?

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi daya dan tenaga untuk menshare kan benda yang sebelum ni aku pun tak tahu akan kewujudannya. Hmmm.. kalau nak tau bolehla teruskan pembacaan anda. Kalau tak nak.. aku tak paksa.hehe

Pada 6 June 2016 (Isnin), First Ramadhan, genaplah umur aku yang sudah suku abad ni. haaa... tua dah kau. Thanks for the wishes dari semua kesayangan. On 7 June 2016 (Selasa). Allah telah menurunkan hadiah berupa ujian kepada aku supaya aku sentiasa mengingatiNya. Asmaul was admitted to the hospital on this precious date. Alhamdulillah. Allah bagi rehat.

Selepas berbuka untuk hari pertama berpuasa. Aku rasa tak sedap badan. Demam rupanya ditambah lagi dengan batuk yang dah seminggu tak sembuh-sembuh. Then aku decide untuk amik MC keesokan harinya (07.06.2016) gi check kat klinik kerajaan. boring pulak dah cerita ni. hahaha.. bear with me.


TAPI...................!

bukanlah demam ataupun batuk punca aku dimasukkan ke hospital. Akan tetapi...haaa.. jeng..jeng..jeng.. dah macam budak-budak pulak. 

Alang-alang aku dah berjumpa doktor waktu itu, aku tanyakan perihal lebam-lebam yang muncul secara tiba-tiba pada beberapa bahagian kaki aku ni. Mula-mula sikit..lama-lama makin banyak pulak.takdela banyak sangat tapi lebih banyak dari biasa dan lebam tu mengambil masa yang lama untuk hilang. And aku tak rasa sakit pun sebab tu tak check sebelum ni. Ni aku memang konfirm tak terlanggar pintu ke almari ke pape eh..sebab tu aku risau, pelik dan tertanya-tanya mengapa ini semua terjadi pada diriku ini. dah macam lirik lagulah pulaks. hahaha.. Well, there are some said maybe because of jins, syaitoons and etc gigit ke pape an.. tapi kalau kat tangan pun lebam Ape Cer? bak kata orang memuda.

Then Dr.H yang prihatin dan baik pun suruh aku ambil darah and hantar ke makmal. Then result of the blood test stated that my PLATELET COUNT only 9 which is very-very low. Single digit kot. Untuk pengetahuan semua, Platelet normal adalah 150++. Itu yang Dr.H bagi tahu aku lah. Then terus Dr.H tulis surat untuk aku dihantar ke hospital. Nasib baik mama ikut sekali masa tu. Kalau tak bersendirianlah aku dalam ambulans tu. Cepat je sampai thanks to all pemandu berhemah yang memberi laluan untuk aku. 

Sesampai je hospital aku diminta untuk duduk di kerusi roda dan ditolak oleh mama. Rasa bersalah pulak kat mama. hmm.. Aku tak tahulah ada tak orang faham perasaan aku masa tu. Perasaan di mana badan aku sihat dan masih mampu berjalan tapi terpaksa duduk atas wheelchair dan menerima pandangan kasihan oleh orang yang lalu-lalang. hahaha. kelakar pulak rasanya. Tapi aku faham. bukan sengaja Dr nak suruh aku duduk macam tu. Tapi takut risiko pendarahan berlaku. In caselah kan. 



Nak dipendekkan cerita.. aku pun warded and selepas dua hari Dr sahkan aku didiagnos dengan penyakit ITP.
Now..baru masuk topik ITP. Tepuk tangan untuk diri sendiri (clapp..clapp..clapp) kerana kesabaran membaca post aku yang panjang dan melebar sangat ni.

"Aku sakit..Sakit apa weh? ITP.. Apa tu?"

Itulah soalan yang ditujukan oleh kawan-kawan kepadaku. 


ITP = idiopathic Thrombocytopenic Purpura


Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) is a disorder that can lead to easy or excessive bruising and bleeding. The bleeding results from unusually low levels of platelets - the cells that help blood clot. Ni kalau gosok gigi pun berdarah tau. Kalau nak tau lebih lanjut korang boleh google je. semuanya dihujung jari. Kalau nak bubuh semua kat sini, mau hang gadget korang baca post aku ni.

Punca penurunan platelet ni tak diketahui puncanya. Hmmm..dari apa yang doktor cerita kat aku. Sistem imun badan aku ni misinterpret, misunderstand or salah faham yang platelet ni adalah bendasing or bakteria dalam badan dan bertindak membunuh platelet ni. Haa.. macam tulah kalau nak senang sikit imagine. That is the situation. So sekarang ni aku just makan ubat and kena datang appointment hujung bulan ni for further check up dengan specialist. Hopefully, semuanya baik-baik aja.



Point to Ponder

* Aku tak taulah nak cakap ape..Actually before aku pegi check demam tu aku ade pergi Klinik 1M ni sebab klinik ni jelah yang buka hujung minggu. Aku ni malas nak minta cuti nak gi klinik sebenarnya. Aku gi Klinik 1M ni memang khusus untuk check lebam2 kat kaki. First time aku datang. Aku ingat klinik ni macam klinik kerajaan yang lain tapi senyap je..orang pun sikit je yang datang. Bila aku tunjuk lebam kat kaki tu dia gelak je..tak tahulah doktor ke apa. Dia kata lebam2 tu takde kaitan langsung dengan penyakit, mesti aku ade terlanggar dengan pape ni.. Katanya.. aku cakapla takde..pastu dia bagi aku pain reliever untuk atlet2 pakai tu. dia kata tengoklah ok ke tak.. Kalau tak okay carilah alternatif lain. Maksud dia..dia suruh aku jumpa Ustaz. Pfftt.. Bukan nak cakap apa atau nak buruk-burukkan sesiapa. But at least if you yourself not sure. You boleh je nasihat aku untuk refer kat doktor lain ke apa ke. Ni tanpa periksa senang je kau classifykan sakit aku macam tu. Peh..bengang pulak aku. hmm.. ok dah2..lupakan.

* Hmm.. Aku bersyukur aku dikurniakan nikmat Demam pada hari kejadian kalau tak sampai bila-bila pun aku tak tahu pasal penyakit aku ni. Kalau tau pun mungkin lagi parah dari sekarang. Alhamdulillah.

* Ingat kawan-kawan, kalau ada something weird happen to you. Cuba try google kenapa. Banyak input aku dapat dari Google. Kita lebih tahu tentang kondisi tubuh badan kita sendiri. Kalau perlukan nasihat, jumpa je doktor. Spare your time kejap for your future health. Okay darls. Maaf salah silap. Doakan kesejahteraan kita bersama. Sekian.


Thanks Mama. Muahhhxx!!
Hakim si bucuk. hehehe



Muka happy lepas keluar ward.. heee






#Credit to all doctors, staff nurse and medical team yang menjaga aku sepanjang aku berada di HKL. You guys are amazing!!. Daebakk!

Kau sakit apa weh? ITP? Apa tu?

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi daya dan tenaga untuk menshare kan benda yang sebelum ni aku pun tak tahu akan ...